Mati Hidup Semula

Jamal Abdillah

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula

관련 가사

가수 노래제목  
Jamal Abdillah Mencintaimu  
Butterfingers Mati Hidup Kembali (Album Version)  
Alleycats Oh Ibu (Album Version)  
Slam Nur Kasih (Live)  
Slam Nur Kasih (Album Version)  
Sheila On 7 Tentang Hidup  
Sheila On 7 Generasi Patah Hati  
Hazami Sonata Musim Salju  
Hijjaz Salam Kemaafan  
Amelina Yang Tersayang  




가사 수정 / 삭제

댓글목록

등록된 댓글이 없습니다.